Setiap orang mengimpikan kejayaan dan tiada seorang pun yang inginkan kegagalan dalam kehidupan. Untuk mencapai prestrasi kejayaan dalan hidup, terlebih dahulu perlu ada tujuan hidup (Goal Setting). Tanpa tujuan hidup akan menyebabkan hidup ini pasif menerima apa sahaja yang diberikan dalam kehidupan dan biasanya kehidupan sedemikian rupa sangat membosankan.
Kebanyakkan orang yang hidup tanpa tujuan akan terfokus berjalan ditempat dan menghabiskan waktunya secara membosankan dan tanpa pencapaian yang bererti. Mereka hanya menjadi “penonton” dari suatu kehidupan. Mereka hanya melihat kejayaan orang lain tetapi sama sekali tidak pernah membayangkan untuk dirinya sendiri.
Untuk mencapai kejayaan tentu sahaja tidak mudah kerana anda juga harus menilai kegagalan dengan baik jika menghadapi kegagalan. Untuk mencapai kejayaan, kerap kali kita harus menempuhi kegagalan dalam kehidupan. Banyak orang yang inginkan kejayaan. Tetapi amat sedikit yang berani menghadapi kegagalan. Kalau ingin berjaya, tidak boleh takut gagal!
Sebenarnya disebalik perkara yang tidak menyenangkan yang kita rasa setiap hari, ada reka cipta indah yang tidak mampu dilihat dengan mata dan pengetahuan kita yang serba terhad. Hanya mereka yang memiliki mata batin yang tajam boleh mengenali keindahan dan itulah sebabnya mengapa mereka jarang mengeluh, walaupun mereka menghadapi keadaan yang sukar dan berat. Boleh jadi anda pernah mendengar kisah ini…
Suatu hari seorang anak bermain di atas lantai, sementara ibunya duduk diatas kerusi sambil menyulam. Anak yang sedang bermain kemudian menoleh kearah ibunya sambil perhatikan apa yang dibuat oleh ibunya. Dia melihat sulaman ibunya dari bawah dan berasa hairan. Dia bertanya kepada ibunya…
“Apa yang ibu sedang lakukan?”
“Ibu sedang menyulam nak”, Jawab ringkas ibunya sambil terus menusukkan jarum dengan benang ke permukaan kain.
“Tapi buat apa mak?” Anak itu masih bertanya hairan.”Sulaman ini kelihatan buruk sekali. Hanya benang-benang yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk dilihat”.
Ibunya tersenyum manis melihat keletah anaknya itu. Lalu dia memberi isyarat pada anaknya untuk berdiri.
“Berdirilah, nak” Ujarnya. “Tengok sulaman ini dari atas sini”
Anak itu berdiri menghampiri ibunya. Dia berjalan mendekati ibunya dan melihat sulaman karya ibunya dari atas. Dia berasa terkejut & kagum pada keindahannya.
“Begitu indah sulaman ini, wahai ibu. Padahal sulaman itu begitu buruk bila dilihat dari bawah.” kata anak itu.
Itulah contoh kehidupan kita ini. Kita hanya melihat sebahagian perbuatanNya dari bawah, maka kita dapati ianya buruk dan tidak menyenangkan, malah kita mengeluh dan menyalahkanNya. Kalau kita boleh bersabar dan berusaha melihatnya dari tempat yang tepat, tentu kita akan memiliki sikap yang berbeza. Pandangan mata hanya mampu melihat bahagian bawah dari reka cipta yang ada pada kehidupan ini, sementara dengan mata hati yang jernih dan dengan pengetahuan yang lurus, kita mampu melihat pandangan reka cipta dari bahagian atas. Dan ketika itu kita akan mampu melihat keindahanNya. Apabila kita mampu melihat keindahan itu, kita tidak akan mengeluh lagi bahkan kita akan merasa kagum pada reka cipta yang indah itu. Jika kita tidak mampu menggunakan mata hati yang jernih dan tidak memiliki pengetahuan yang mencukupi, maka kita akan terus melihatnya dari bawah. Seperti seorang anak yang dipaksa makan ubat pahit oleh ibunya atau disuntik oleh doktor, kita tidak mengetahui apa yang terjadi pada diri kita kerana itu, kita mulai menyangka yang tidak baik dan kita menyangka yang buruk terhadapNya.
Sources: Bila Allah Menduga Kita; Syed Alwi Alatas
Pernahkah kita mendengar seorang anak kecil membantah keputusan orang tuanya? Orang tuanya memaksa dia makan ubat yang sangat pahit demi untuk menyembuhkan anaknya yang sedang sakit. Tetapi si anak kecil menangis
dengan nada marah-marah. “Ibu jahat!” Pekiknya marah sambil menangis. Pada pendapat anda, adakah si ibu benar-benar seorang yang jahat atau si ibu sedang bertungkus lumus berusaha untuk kebaikan si anak itu? Ya saya yakin kita mempunyai jawapan yang sama. Si ibu sama sekali tidak berniat jahat pada si anak, malah dia hendak menyembuhkan anaknya dari penyakit yang merbahaya.
Jadi kenapa pula anak itu menangis dan marah-marah? Mengapa dia menuduh ibunya berlaku tidak baik padanya? Ya saya juga percaya, jawapan kita kali ini juga sama, kerana anak itu masih kecil dan tidak mengerti apa-apa. Kemampuan berfikir dan ilmu yang dimiliki si anak belum mampu menjadikannya memahami hakikat dari tindakan si ibu, sehingga kebaikan dilihat sebagai keburukan. Kelak jika si anak sudah dewasa, pasti dia memahami dan tidak lagi menyatakan bantahannya, malah dia akan menerimanya dengan penuh terima kasih. Semua kesakitan dan penderitaan adalah untuk kebaikan si anak itu. Walaupun menangis dan meronta minta dilepaskan, dia tetap akan disuntik dengan jarum suntikan. Semua itu demi kebaikannya, kebaikan yang belum difahaminya ketika itu. Kebaikan kadangkala terasa menyakitkan, ingatlah perkara itu baik-baik.
Kini perhatikanlah kehidupan kita seharian. Hitunglah keluhan-keluhan serta nada bantahan kita terhadapNya. Tidakkah kita dilihat seperti seorang anak kecil? Tidakkah kita merasa malu dengan keadaan diri seperti itu? Allah adalah Tuhan semesta alam, Tuhan yang Maha Mengetahui dan kita hanyalah hambaNya. Allah mengetahui dan pengetahuanNya tidak boleh dibandingkan dengan doktor atau ahli nujum sekalipun. Sebagai seorang hamba, kedudukan kita terhadapNya jauh lebih rendah dibandingkan kedudukan seorang anak dihadapan ibu atau doktor.
Sources: Bila Allah Menduga Kita; Syed Alwi Alatas
Tidak pernah terfikir di benak minda aku yang suatu hari nanti aku akan menjejak kaki aku di Pulau Tioman yang nan indah. Suatu pengalaman yang amat mengujakan
diriku apabila diberi peluang untuk bercuti dipulau ini.Suatu pemandangan yang tak mungkin dapat dilihat dibandar yang yang pesat maju dengan pembangunan. Melihat keindahan pulau ini amat menenangkan jiwa setelah kusut menghadapi kekusutan kehidupan dibandar. Sesekali menghadap ciptaan Ilahi yang semulajadi yang amat Indah dan cantik merasakan kehambaan diri dengan begitu banyak rupanya nikmat dan ciptaan Ilahi tanpa kita sedari.
Menempuh pejalanan menaiki feri hampir 2 jam sebelum sampai ke pulau yang dituju, hatiku memberontak agar cepat sampai ke tempat yang dituju.Sepanjang perjalanan ku melihat begitu banyak pulau-pulau kecil, terdetik dihatiku ada ke manusia yang ditinggal pulau itu? Aku membiarkan persoalan itu bermain dibenak minda aku. Melihat keluasan laut yang amat luas, teringat akan kata-kata cikgu aku kalau nak dibandingkan ilmu kita dengan ilmu Allah s.w.t hanyalah diibaratkan setitis air daripada luasnya lautan. Begitu hebatnya ilmu Allah s.w.t, so janganlah kita merasakan diri kita sudah padat dengan ilmu didada sedangkan masih ada yang lagi hebat dari kita pada hakikatnya.
Teringat satu hadis yang masih segar diminda aku, begitu banyak nikmat Allah s.w.t yang dikurniakan kepada hamba-hambanya sehinggakan 7 lautan dakwat belum tentu cukup unuk kita menulis semua nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita. Subhanallah…
Pengalaman yang amat mengujakan diriku & tidak akan dilupakan dalam hidup aku iaitu melihat sendiri alam dasar lautan yang amat nan indah. Jika sebelum ni hanyalah dapat melihat menerusi kaca televisyen tak pun melalui media cetak, tapi kini secara live. Fuhh….. Memang hebat Ciptaan Ilahi. Melihat lautan yang berwarna kebiruan, ikan yang cantik berenang dengan bebas & batu karang yang menarik pasti menenangkan bagi mereka yang melihatnya… Ingin saja seharian suntuk aku berada di pulau ini untuk melihat sepuas-puasnya keindahan luar biasa di dasar lautan.
Hakikat dalam lumrah kehidupan kita, setiap permulaan pasti ada pengakhiran, setiap kehidupan pati ada kematian dan setiap perjumpaan pasti ada perpisahan. Selama 3 hari 2 malam berada jauh dari daratan yang luas satu masa yang amat singkat untuk menikmati keindahan keseluruhan pulau. Pasti suatu saat nanti aku akan kembali!
Selamat Tinggal Pulau Tioman!
Buat Ibuku… Lizam Bte Mekah, Aku amat menyayangi dirimu.
Ikhlas dari anakmu…