Teringat aku first time mendengar lagu InsyaAllah dendangan Maher Zain, membuatkan hati aku tenang je… senikatanya jelas dan mudah untuk difahami..
Siapa Maher Zain ni sebenarnya? Yang pasti dia bukanlah adik beradik kepada Anuar Zain & Ziana Zain…
Dunia muzik bukanlah asing dengan Maher Zain kerana ayahnya Mustapha Maher merupakan seorang penyanyi. Jadi bukan hal yang ganjil jika Maher Zain akrab dengan dunia muzik sejak dia masih remaja. Bakat muzik ayahnya itulah yang kemudiannya menitis ke dalam diri Maher Zain.
Lahir pada 16 Mac 1981, Maher Zain seakan ditakdirkan untuk bermuzik &meneruskan jejak si ayah. Mustapha Maher yang sudah memulakan kerjaya di kota kelahirannya Tripoli Lebanon. Di Lebanon itulah Maher Zain menghabiskan masa kanak-kanaknya. Tapi Lebanon ternyata tidak mampu menahan keluarga Maher Zain untuk tinggal selamanya…
Ketika Maher Zain berusia 8 tahun, keluarganya berhijrah ke Sweden. Di Sweden, Maher Zain menghabiskan masa remajanya untuk belajar muzik. Dia mendapat keyboard yang pertama ketika berusia 10 tahun. Ketika usia belia, Maher Zain sudah pun menunjukkan bakat yang luar biasa dengan bermain keyboard. Ayahnya bukan sahaja sebagai guru bahkan banyak menyuntik semnagat & inspirasi ke dalam dirinya.
Kecintaan Maher Zain terhadap muzik tidak membuatnya terlena. Dalam dunia pendidikan dia berhasil meraih Sarjana Aeronautical Engineering. Terbukti dia tergolong pemuzik yang berwibawa. Bahkan lebih dari itu, dia mampu menjadi seorang penerbit muzik tatkala dia masih muda.
Tapi dunia muzik memang dunia yang penuh hangar bingar dan glamour. Dunia yang kononnya dekat dengan kehidupan mewah, keseronokan dan kesenangan. Wajar jika di mata Maher Zain, dunia yang telah dia masuki itu membuatkan dia merasa hidup dalam kegersangan. Dia merasa ada yang tak mengena di hati, bahkan ada yang salah.
Dia berujar pendek “Saya sangat mencintai dunia muzik, namun saya tidak menyukai hal-hal yang ada disekelilingnya seperti ada yang salah dengan hal ini”
Setelah beberapa waktu terlibat dalam dunia muzik sebagai penerbit muzik, dia merasa perlu melakukan penerokaan baru. Maka saat Maher Zain diperkenalkan dengan RedOne, dia tidak menolak untuk bergabung. Sejak itu Maher Zain berpindah ke New York.
Penghijrahan ke New York tetap tidak membuatkan dirinya tenang. Selepas beberapa tahun, dia memilih untuk kembali ke Negara yang menjadi tempat pertama kali dia memulai kerjaya dalam muzik, Sweden. Sayangnya, kegundahan hati yang dirasakan selama ini belum menemukan titik harapan sebagaimana yang dia harapkan. Dia mengharapkan dapat menemukan kehiduoan yang sejuk, tenang dan damai dalam bermuzik. Akhirnya keraguan yang dihadapinya menemui jawapannya setelah dia bertemu dengan masyarakat muslim yang ada di Stockhlom.
Disitu, Maher Zain merasa mendapat jawapan dari segumpal keraguan yang selama ini dia teraba-raba. Dia mula aktif dengan kegiatan-kegiatan masyarakat muslim setempat. Dengan dunia kehidupan baru itu, Maher Zain merasa bukan sahaja menemui jawapan yang dicari selama ini bahkan menemui tempat berteduh.
Di tempat itulah, Maher Zain bukan saja mendapatkan tempat untuk menjawab segulung kegelisahan, malah merasa menemukan cara yang tepat untuk kembali bermain muzik dengan identiti yang baru. Dia bersyukur dengan apa yang dia perolehi dan merasa mendapat mandat untuk menolong orang lain melalui media muzik dan mendendangkan lagu-lagu yang berirama keislaman.
Pada 2009, akhirnya Maher Zain melancarkan albumnya yang pertama bertajuk “Thank You Allah” melalui awakening record. Lagu-lagu yang terkandung dalam album tidak hanya membuatkan hati disiram air yang menyejukkan, malah menempuh ruang hampa di hati manusia untuk mengenal akan kebesaran Allah.



Recent Comment