Seorang remaja dari Negara China menjual buah pinggangnya hanya semata-mata ingin membeli iPad2. Adakah ini suatu tindakan yang wajar??? Maklumat lanjut.
Begitu mudah dia menilai organ kurniaan tuhan dengan kebendaan. Pastinya ramai yang mencemuh tindakan remaja ini. Hanya tergila-gilakan teknologi terkini, suatu alat yang amat bernilai hakikatnya lebih bernilai daripada berjuta-juta iPad digadaikan dengan begitu mudah.
Dari segi perspektif Islam adakah pendermaan organ ini dibenarkan?
Perbincangan pemindahan organ tidak dibincangkan secara spesifik dalam Al-Quran ataupun hadis kerana ianya method perkembangan dunia perubatan yang terkini. Walaubagaimanapun ianya dibawa ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membincangkan isu ini untuk memberi penjelasan kepada umat Islam.
Dari segi perspektif Islam, hukum pendermaan organ adalah harus dengan syarat tiada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Disamping itu, kaedah rawatan juga tidak memberi kesan buruk atau mudarat kepada penerima atau penderma organ (andai penderma masih hidup).
Islam juga mensyaratkan pendermaan organ yang dilakukan hendaklah diniatkan secara ikhlas untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah s.w.t bukannya untuk mendapatkan ganjaran atau habuan. Organ dan tisu tidak boleh diperniagakan kerana Islam melihat jual beli yang melibatkan organ atau tisu adalah haram. Adalah penting pendermaan organ yang dilakukan hendaklah dengan persetujuan penderma dan bukannya melalui paksaan.
Hakikatnya segala yang kita perolehi pada hari ini adalah pinjaman daripada-Nya, dimana suatu hari nanti akan dipulangkan jua segala-galanya. Apa salahnya sekiranya pinjaman ini dimanfaatkan olah orang lain yang benar-benar memerlukan andai suatu hari nanti kita tiada daya lagi menggunakan pinjaman ini…
p/s : saya sudah menjadi penderma organ, anda bila lagi. Daftarlah SEKARANG dengan niat yang penuh ikhlas >
<
<

Alhamdulillah, dh mnjadi penderma rupanya. Padanlah wajah bersinar bgai brcahaya. Akk kagum dgn niat suci kamu.
*pemberian yg tdk ternilai
Thnks, Kak