Wanita menghadapi risiko diserang penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE) 10 kali lebih tinggi daripada lelaki; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Sumber: Berita Harian
Apakah Itu SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) sejenis penyakit yang jarang didengari dan dibincangkan seperti penyakit kanser. SLE adalah penyakit kronik auto-imun dimana tubuh badan pesakit menghasilkan protein darah dengan kuantiti yang banyak. Protein darah atau dikenali sebagai antibodi yang terhasil tersebut bertindak balas terhadap sel dan tisu tubuh pesakit. SLE suatu keadaan dimana sistem daya tahanan tubuh badan bercelaru dengan melawan sel dan tisu-tisunya sendiri. Bahagian tubuh biasanya yang terjejas akibat SLE seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru dan sistem saraf.
Apakah Punca SLE?
Sehingga kini tidak diketahui puncanya, tetapi ia berkemungkinan besar disebabkan oleh gabungan beberapa faktor antaranya keturunan, sinaran matahari, virus, alam sekitar serta hormon.
.
Bolehkah SLE Dikesan?
SLE sukar untuk dikesan pada peringkat awal, ianya mengambil masa yang lama untuk mendiagnosis seseorang itu menghidap SLE. Tiada satu method sahaja yang dijalankan untuk mengesahkan diagnosa dengan tepat, ianya melibatkan beberapa peringkat. Seseorang itu perlu kerap berjumpa dengan doktor dan menerangkan gejala yang dialami.
Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian,Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.
Perkongsian disini hanyalah serba ringkas berkenaan Penyakit SLE, untuk maklumat lanjut berkaitan penyakit SLE boleh rujuk pada Persatuan SLE Malaysia
-
SLE adalah salah satu penyakit yang dikategori dalam penyakit kritikal yang dilindungi dalam takaful. Persediaan awal dalam menghadapi sebarang kemungkinan adalah penting bagi menjamin masa depan.



Adakah insuran boleh cover penyakit SLE ini dlm menanggung kos rawatan?
Yup, Takaful akan cover penyakit SLE kerana penyakit ini tergolong dalam 40 jenis penyakit kritikal yang di lindungi..