Ramai tidak memahami secara jelas apa itu Tabarru’ yang dikatakan sebagai aqad utama dalam industri takaful. Tabbarru’ adalah bahasa arab dan dalam Bahasa Melayu didefinasikan sebagai derma.
Pemahaman yang lebih jelas, Tabarru’ adalah suatu bentuk derma ikhlas yang diberi oleh satu pihak tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada pihak yang lain. Kontrak ini boleh dianggap sebagai kontrak satu pihak (unilateral) dimana cukup dengan hanya sekadar satu pihak sahaja yang melafazkan pemberian tanpa ada sebarang pertukaran. Tabarru’ merupakan antara amalan yang amat dituntut dalam agama Islam.
“Wahai orang-orang beriman! Nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelumnya tiba hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat) serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim” (Al-Baqarah; 254)
Dalam industri takaful, peserta yang menyertai mana-mana produk takaful bersetuju untuk menyumbangkan sebahagian wang sumbangannya dimasukkan kedalam satu tabung khas atau dikenali sebagai Akaun Khas Paserta. Wang sumbangan yang terkumpul dalam akaun tersebut akan digunapakai untuk membantu peserta-peserta lain yang mengalami musibah sebagai contoh kemalangan, masuk hospital, menghidap penyakit kritikal atau meninggal dunia. PIhak takaful bertindak sebagai wakil peserta untuk menguruskan dana dan menyalurkan kepada peserta yang lain memerlukan bantuan kewangan.
Dapat dilihat disini, wang pampasan yang diterima oleh peserta yang mengalami musibah sebenarnya bukanlah wang syarikat takaful terbabit tetapi sumbangan wang yang terkumpul dikalangan peserta-peserta yang lain. Secara tidak langsung sebenarnya industri takaful mewujudkan hubungan silaturrahim dan jalinan ukhwah melalui saling bantu-membantu dikalangan peserta.
Baginda bersabda:
Apabila matinya anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah ynag berterusan, ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya” (Riwayat Muslim)



Recent Comment