Sejak bila takaful mula bertapak di Malaysia?
Untuk pengetahuan semua, perkembangan industri takaful di Malaysia bermula pada awal tahun 1980-an, ia adalah hasil daripada keperluan umat Islam pada ketika itu untuk mendapatkan alternatif kepada insurans konvensional bagi memenuhi kehendak Syariah.
Kewujudan industri takaful di Malaysia, sebahagian besarnya adalah dipengaruhi oleh keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia yang memutuskan bahawa insurans hayat konvensional yang ada pada ketika itu adalah suatu kontrak yang tidak sah kerana mengandungi unsur-unsur yang berikut;
i. Gharar (ketidakpastian)
ii. Maisir (Judi)
iii. Riba
Pada tahun 1982, Kerajaan telah memutuskan menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk mengkaji daya maju penubuhan syarikat insurans secara Islam di Malaysia. Sehubungan dengan itu, Pasukan Petugas ini telah mewujudkan satu akta khas berkaitan takaful iaitu Akta Takaful yang mula berkuatkuasa pada tahun 1984.
Kini dengan perkembangan industri takaful, sudah wujud 11 syarikat yang mengendalikan takaful di Malaysia. Setiap produk takaful yang dikendalikan oleh pihak syarikat yang mengendalikan Takaful masing-masing mempunyai kelebihan, adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk memilih produk takaful yang benar-benar sesuai dengan dirinya berdasarkan keperluan dan kemampuan peserta.



Recent Comment