-
“Tak perlu takaful, Aku dah ada insurans, tapi third party punyalah…”
-
“Aik, insurans hayat pe yang ada third party pulak tu”
-
“Insurans kereta la….”
La… lain yang ditanya lain yang dijawab, yang ditanya pasal insurans hayat, tapi yang dijawab insurans kereta. Pelik betul insurans kereta diambil tetapi insurans hayat untuk diri sendiri diabaikan.
Bila ditanya kenapa buat insurans kereta, dijawabnya…
-
“Senang la nanti kalau ada apa-apa berlaku kemalangan, kereta rosak, insurans boleh cover”
Tepat sekali jawapan tu, tapi bila di tanya kalau diri sendiri yang kemalangan menyebabkan diri sendiri ‘rosak’ sape pulak yang nak cover?
Diam seribu bahasa, sambil tersenyum kambing tak mampu menjawab persoalan tersebut.
Bukan dia seorang yang aku jumpa mempunyai kedudukan sedemikian rupa, ada insurans kereta tapi tiada insuran untk diri sendiri.
Yup, betul kita kena menjangkakan sentiasa yang terbaik, sentiasa sihat, sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan musibah. Sepanjang kehidupan kita perlu merancang yang terbaik, tetapi kita perlu ingat bahawa terdapat perancangan yang Maha Hebat yang Dia Maha Mengetahui segala-galanya.
Amatlah ruginya jika insurans kereta diambil tetapi insurans untuk dirinya diabaikan begitu sahaja. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada diri & juga keretanya, kerosakan pada kereta sudah pasti tidak memeningkan kepala. Tetapi bagaimanapula dengan ‘kerosakan’ pada dirinya? Dan bagaimana sekiranya masalah ‘kerosakan’ yang dialami memerlukan kos yang amat tinggi? Lebih teruk lagi ianya memberi kesan seumur hidup…
p/s: kadang-kadang kita memikirkan perkara penting sehingga terlupa perkara yang teramat penting.


Recent Comment