Tempat TERHANGAT Untuk Melabur?

Apabila ditanya persoalan seperti diatas dimanakah pelaburan yang terhangat yang patut aku melabur? Pasti ada yang menjawab….

“Baik ko melabur syarikat bla bla, sebab syarikat ni berdaftar dengan SSM dan list dalam Bursa saham”

Tetapi saya amat tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Jutawan Muda iaitu saudara Irfan Khairi apabila ditanya soalan yang sama seperti diatas. Tahukah anda apa jawapan yang diberikan.

Jawapannya ringkas & mudah sahaja iaitu pelaburan pada ILMU. Ini sejajar dengan…

Jika kamu inginkan kejayaan dunia, hendaklah dengan ILMU. Jika kamu inginkan kejayaan akhirat, hendaklah dengan ILMU. Dan jika kamu inginkan kejayaan kedua-duanya, hendaklah dengan ILMU.~Imam Syafie

Di dunia ini sekiranya ingin berjaya dalam apa jua bidang sebenarnya perkara yang paling basic perlu ada adalah ILMU. Tanpa ilmu tidak mungkin kita akan mencapai kejayaan. Ingin berjaya dalam Kerjaya, perlu mendalami ilmu berkenaan dengan kerjaya tersebut. Ingin berjaya dalam perniagaan perlukan ilmu perniagaan. Ingin berjaya dalam pelaburan perlukan ilmu pelaburan. Ingin menjadi tukang kasut yang berjaya perlu ada ilmu cara tukang kasut. Pendek kata inginkan kejayaan perlunya sentiasa ‘dahagakan’ ilmu.

Wahyu yang pertama diterima oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah surah Al-Alaq, dimana kalimah pertama yang diajar oleh Malaikat Jibrail adalah Iqra’ yang bermaksud bacalah yang menunjukkan perkara pertama sekali yang perlu kita lakukan adalah menuntut ILMU ;)

Tags: , ,

2 Responses to "Tempat TERHANGAT Untuk Melabur?"

  • Kami says:
Leave a Comment