Hutang, Hutang dan Hutang…

“Setiap akhir bulan, pasti aku pening kepala..”
“Apasal beb” tanya sahabat
“Aku kalau dapat gaji, mesti kejap je abis…Macam air mengalir deras je.. Bayar hutang sanalah, sinilah. Macamana aku nak buat simpanan..”

Itu adalah antara perbualan ringkas 2 orang sahabat yang sempat saya ‘memasang telinga’ disebuah restoran yang duduk tidak jauh daripada tempat duduk saya. Adakah anda pun mengalami situasi macam sahabat tadi, ari ni masuk gaji tup-tup sok duit dalam akaun bank tertera “RM 0.00″. Bila kita berbicara pasal hutang, saya percaya semua orang tidak lari daripada hutang, ada orang berhutang sebab rumah, kereta, perniagaan sendiri dan macam-macam la. Masing-masing mempunyai sebab yang tersendiri mengapa mereka berhutang,

Kalau kita lihat dari segi perspektif Islam apa hukumnya berhutang:-

  • Hukum asalnya adalah harus, kepada perkara yang diharuskan.
  • Menjadi wajib sekiranya tujuannya untuk memenuhi keperluan asas yang wajib seperti membeli makanan untuk mengelakkan kelaparan, mengubati penyakit kronik.
  • Menjadi haram jika bertujuan melakukan perkara yang bertentangan dalam Islam contohnya berjudi.


Sekiranya kita berhutang, hendaklah kita membayar hutang kita pada waktu yang telah ditetapkan oleh pemberi hutang.Banyak kesan atau implikasinya sekiranya liat nak bayar hutang. Orang kata nak berhutang tu senang je tapi time nak bayar tu fuhh.. susahnya. Mari kita lihat apa kesan liat nak bayar hutang ni:

  1. Putusnya hubungan silaturrahim antara 2 orang sahabat.
  2. Boleh timbulnya permusuhan.
  3. Dirundung rasa malu.
  4. Membawa cela kepada agama.
  5. Belajar Menipu bila sukarnya membayar hutang.
  6. Penghutang akan sering dilanda risau dan bersalah.
  7. Penganaiayaan terhadap pemberi hutang apabila hutang yang diberikan adalah jumlah yang besar. Kadangkala wang yang diberikan kepada penghutang adalah wang simpanan.
  8. Jika berhutang dengan Institusi kewangan yang tidak sah iaitu ‘along’, akan diburu pihak terbabit.
  9. Tidak akan masuk syurga.

“Barangsiapa yang berhutang wang daripada orang lain, dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi barangsiapa yang mengambil hutang, dengan niat akan membinasakannya, Allah akan rosakkannya” Sabda Rasulullah s.a.w

p/s – Berhutang kadangkala kita tak dapat nak elakkan. Akan tetapi cubalah sedaya upaya mengelak daripada berhutang. Alangkah bahagia dan selesanya jika hidup tidak dibebani hutang ;)   Apa yang penting sebelum berhutang muhasabahlah diri terlebih dahulu, wajarkah aku berhutang? mampukah aku untuk membayar hutang dikemudian hari? Fikir-fikirkanlah :-? sebelum berhutang agar tidak menyesal dikemudian hari… :((

sources: 101 Petua Murah Rezeki & Jauhi Hutang; Siti Norbahyah Mahamood, Zahazan Mohamed & Mahfuzah Omar

Tags: , , , ,

Leave a Comment