Keindahan Ciptaan Ilahi

Tidak pernah terfikir di benak minda aku yang suatu hari nanti aku akan menjejak kaki aku di Pulau Tioman yang nan indah. Suatu pengalaman yang amat mengujakan  :-bd diriku apabila diberi peluang untuk bercuti dipulau ini.Suatu pemandangan yang tak mungkin dapat dilihat dibandar yang yang pesat maju dengan pembangunan. Melihat keindahan pulau ini amat menenangkan jiwa setelah kusut menghadapi kekusutan kehidupan dibandar. Sesekali menghadap ciptaan Ilahi yang semulajadi yang amat Indah dan cantik merasakan kehambaan diri dengan begitu banyak rupanya nikmat dan ciptaan Ilahi tanpa kita sedari.

Menempuh pejalanan menaiki feri hampir 2 jam sebelum sampai ke pulau yang dituju, hatiku memberontak agar cepat sampai ke tempat yang dituju.Sepanjang perjalanan ku melihat begitu banyak pulau-pulau kecil, terdetik dihatiku ada ke manusia yang ditinggal pulau itu? Aku membiarkan persoalan itu bermain dibenak minda aku.  Melihat keluasan laut yang amat luas, teringat akan kata-kata cikgu aku kalau nak dibandingkan ilmu kita  dengan ilmu Allah s.w.t hanyalah diibaratkan setitis air daripada luasnya lautan. Begitu hebatnya ilmu Allah s.w.t, so janganlah kita merasakan diri kita sudah padat dengan ilmu didada sedangkan masih ada yang lagi hebat dari kita pada hakikatnya.

Teringat satu hadis yang masih segar diminda aku, begitu banyak nikmat Allah s.w.t yang dikurniakan kepada hamba-hambanya sehinggakan 7 lautan dakwat belum tentu cukup unuk kita menulis semua nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita. Subhanallah…

Pengalaman yang amat mengujakan diriku &  tidak akan dilupakan dalam hidup aku iaitu melihat sendiri alam dasar lautan yang amat nan indah. Jika sebelum ni hanyalah dapat melihat menerusi kaca televisyen tak pun melalui media cetak, tapi kini secara live. Fuhh….. Memang hebat Ciptaan Ilahi. Melihat lautan yang berwarna kebiruan, ikan yang cantik berenang dengan bebas & batu karang yang menarik pasti menenangkan bagi mereka yang melihatnya… Ingin saja seharian suntuk aku berada di pulau ini untuk melihat sepuas-puasnya keindahan luar biasa di dasar lautan.

Hakikat dalam lumrah kehidupan kita, setiap permulaan pasti ada pengakhiran, setiap kehidupan pati ada kematian dan setiap perjumpaan pasti ada perpisahan. Selama 3 hari 2 malam berada jauh dari daratan yang luas satu masa yang amat singkat untuk menikmati keindahan keseluruhan pulau. Pasti suatu saat nanti aku akan kembali!

Selamat Tinggal Pulau Tioman! :-h

Tags: ,

Leave a Comment