Tips Penjimatan Elektrik (Bhg 2)

Tips penjimatan elektrik kali ini saya fokuskan di bahagian dapur di mana kebanyakan para isteri atau suri rumah  menghabiskan masa di tempat ini. Apa kata anda cuba tips-tips ini demi penjimatan bil elektrik di dapur $-)

1) Cerek letrik
-Masak air mengikut sukatan air yang telah ditetapkan.

2) Mesin basuh
-Gunakan mesin basuh dengan sepenuh muatan tanpa melebihi had.
-Pilih saiz mesin basuh yang bersesuaian dengan saiz keperluan keluarga anda.
-Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman yang semulajadi.

3) Peti sejuk
-Pastikan muatan peti sejuk adalah berpatutan. Muatan yang berlebihan akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada yang sepatutnya [-X
-Sejukkan makanan terlebih dahulu sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk.
-Pastikan pintu peti sejuk ditutup rapat dan dibuka apabila perlu sahaja
-Tempatkan peti sejuk sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding supaya motor peti sejuk tidak terlebih beban.
-Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.
-Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).

Dan beberapa tips lain jugak dapat membantu menjimatkan elektrik
-Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.
-Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.
-Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos melabur dalam beberapa tahun.
-Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.
-Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.
-Pastikan logo “EnergyStar” ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.
-Rancang pembelian perkakas elektrik dan elektronik. Pastikan anda membeli perkakas yang tahan lama serta mudah diselenggara. Jangan lupa mengambilkira kos pembaikannya apabila ia rosak kelak.
Ok, sampai di sini sahaja tips-tips penjimatan elektrik yang amat mudah dan praktikal yang sebenarnya kadang-kadang kita terlepas pandang pasal hal yang remeh temeh ini. Diharapkan dapat mencubanya ya :-bd


Tags: ,

Leave a Comment