Apr
11
Tips Penjimatan Elektrik (Bhg 1)
Bagimana dengan kehidupan seharian kita, ada tak kita memikirkan bagaimana kita nak menjimatkan bil elektrik bulanan kita. Pasti ada antara kita yang berusaha untuk mengurangkan penggunaan elektrik dirumah, dan ada jugak yang tak kisah berapa banyak bil elektrik bulanan dengan anggapan bil elektrik mampu untuk dibayar. Bagi member yang berusaha untuk menjimatkan bil elektrik, adakah menggunakan teknik yang betul. Disini perkongsian ilmu yang boleh dipraktikan untuk menjimatkan bil elektrik kita setiap bulan.
Baiklah, kita mulakan dengan penjimatan di ruang tamu/ bilik yang selalunya kerap kita gunakan samada untuk menonton tv atau membaca surat khabar atau sambil bersantai bersama-sama keluarga.
1)Suis
-Tutup suis elektrik yang tidak digunakan
2)TV, Komputer Pemain VCD/DVD, Video Game, HiFi
- Tutupkan suis dan tanggalkan plug peralatan di atas jika tidak digunakan. Sekiranya dibiarkan pada keadaan ‘tunggu sedia’, tenaga elektrik masih digunakan
3) Penghawa Dingin
-Tutup bidai dan langsir bagi menghalang cahaya matahari masuk ke ruang yang ingin didinginkan.
-Cuci penapis udara sekerap yang mungkin. Penapis udara yang kotor menyebabkan penghawa dingin menggunakan lebih tenaga elektrik.
-Tetapkan suhu di antara 22C – 26Celcius untuk keselesaan suhu yang optimum.
-Jangan halang unit luar (compressor) daripada mendapat kitaran udara yang maksimum
4) Lampu
-Padam lampu apabila tidak digunakan.
-Sebaik mungkin yang boleh gunakanlah cahaya semulajadi.
-Gunakanlah mentol ‘energy saving’. Ia bukan sahaja menjimatkan elektrik malah tahan lebih lama.
-Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.
-Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.
-Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.
Dapatkan beberapa tips penjimatan elektrik lagi untuk post yang akan datang, Akhir sekali, selamat mencuba ya
