Lobak atau Telur?

Jika anda diberi pilihan antara lobak dengan telur, yang mana anda pilih? Dua-dua pun sodap dimakan kalau dimasak… =P~

Sekiranya kedua-dua bahan ini dimasukkan kedalam periuk yang mengandungi air yang panas mengelegak. Apa yang terjadi kepada kedua-dua bahan tadi? Sudah tentu lobak akan menjadi semakin lembut manakala telur tadi semakin mengeras disebabkan tindakbalas dengan air panas.

Apa yang saya cuba nak sampaikan tamsilan diatas adalah dalam kehidupan seharian kita pasti kita akan menempuhi pelbagai masalah/dugaan tidak kira kecil atau besar tapi apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapi situasi tersebut. Adakah kita semakin lemah atau semakin kuat menghadapinya.

Ada sesetengah orang gagal dalam menghadapi masalah adakalanya masalah yang kecil boleh bertukar menjadi suatu masalah yang besar tapi kalau bijak menghadapinya masalah yang besar akan mudah dapat diselesaikan.

Air panas yang menggelegak diibaratkan sebagai masalah atau dugaan dalam kehidupan, lobak & telur adalah diibaratkan sebagai individu yang menghadapi masalah. Walaupun lobak sebelumnya adalah keras tetapi apabila dimasukkan kedalam air yang panas ia bertukar menjadi semakin lembut. Berbeda pula dengan telur sebelumnya adalah cecair dalamnya tetapi apabila dimasukkan kedalam air panas ia bertukar menjadi semakin keras. Dikala kita ditimpa pelbagai masalah, apakah kita menjadi semakin lemah, berputus asa seperti lobak yang semakin lembut apabila dikenakan dengan air yang panas atau menjadi semakin kuat & tabah dalam menghadapinya seperti telur yang direndam dalam air yang panas.

Orang yang lemah menganggap masalah adalah suatu bebanan buatnya tapi orang yang kuat menganggap masalah sebagai suatu maklumbalas hasil tindakannya dan akan mencuba sedaya upaya menyelesaikan masalah tersebut seterusnya tidak berulang lagi.

Didunia ni semua orang akan menghadapi pelbagai masalah/dugaan tapi ada satu jenis orang yang tak akan menghadapi sebarang masalah dalam kehidupannya, siapa dia? jawapannya orang gila..  =))

Tags: , , , ,

1 Response to "Lobak atau Telur?"

Leave a Comment