Mar
27
1 Sudu dah cukup…
Dua fakta yang amat menggerunkan…
1) Lebih kurang 1.2 juta pesakit kencing manis di negara ini.
2) Berlaku peningkatan 600 000 jumlah pesakit kencing manis setiap tahun dan bilangan itu bertambah dari semasa ke semasa!
Kini kerajaan giat memperluasakan kempen kesederan dikalangan rakyat Malaysia tentang bahayanya Penyakit kencing manis. Antara slogannya:
Kurang gula… Lebih Sihat!
1 sudu dah cukup… Kurang Lebih baik..
Langkah bijak yang diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya mengesyorkan kedai-kedai makan, restoran
mahupun warung menyediakan gula secara berasingan dengan minuman yang dipesan oleh pelanggan sebagai langkah mengurangkan jumlah pesakit kencing manis di negara kita adalah amat digalakkan.
Ini supaya apabila pelanggan dihidangkan secara berasingan antara gula dan minuman, pelanggan sendiri dapat mengangak kadar gula yang digunakan. (jangan sampai berlebihan sudah le..)
Disini saya ingin berkongsi tips yang amat berguna bagaimana kita dapat mengurangkan gula dalam kehidupan seharian kita:
1. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
2. Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
3. Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
4. Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
5. Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
6. Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan.
7. Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel “rendah gula” dan “bebas gula”.
Diharapkan tips ini dapat membantu dalam mengekalkan Gaya Hidup sihat!

