Tips Hilangkan Stress…. (Bhg 2)

Entri kali ini adalah sambungan daripada artikel yang lepas.

6) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

Petikan kata-kata motivasi Dr Fadzilah Kamsah:

Yakin diri bermaksud kita ada kawalan penuh terhadap semua yang kita cakap dan semua yang kita buat. Untuk membina sikap yakin diri, terlebih dahulu Anda kena berlatih mengawal perbuatan Anda dan mengawal percakapan Anda. Fikir dulu sebelum buat, fikir dulu sebelum cakap. Masalah tidak yakin diri akan mula timbul bila Anda bercakap tergagap-gagap, teragak-agak, cakap main lepas dan Anda dikawal oleh emosi. Anda akan mula mendapat kawalan penuh pada percakapan dan perbuatan apabila Anda selalu bertenang. Elak untuk membiasakan diri mempamer air muka yang tegang, yang stress, yang ‘blur’ atau yang bingung. Itu petanda emosi menguasai Anda, bukan Anda yang menguasai emosi. Biar kita nampak cool dan tenang-tenang saja, barulah keyakinan diri kita ada pastu kekal lama pula. Ketenangan ambil sedikit masa untuk dikuasai, namun ia boleh dikuasai melalu latihan berterusan juga lakonan berterusan. Lakonan cemana? Berlakon menjadi orang yang tenang saja, tenang setenang-tenangnya. Jika sebelum ni Anda orang yang tak yakin, bahkan tidak ada keyakinan, lakukan latihan ketenangan diri. Pejamkan mata untuk seketika, bernafas perlahan-lahan dan diamkan diri seketika. Amalkan setiap hari, supaya Anda merasa tenang selalu, lantas membangkitkan sikap yakin diri.

Orang yang kita nampak konfiden, biasanya tenang-tenang saja. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.

Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

7) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang kemahuan tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

Dan Tuhanmu telah berfirman, Berdoalah kepada Ku, Aku akan perkenankan untukmu. (Surah al-Mukmin: 60)

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (katakanlah) bahawasanya Aku ini sangat dekat, Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu (Surah al-Baqarah: 186)

8) Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu dalam situasi memahami dan menyintai orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang terbaik. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Senyuman itu umpama pemakai wangian yang bukan hanya si pemakainya sahaja yang harum, namun keharuman itu turut dirasai orang sekitarnya.

Kepentingan cinta kepada diri sendiri mendorong seseorang untuk menjaga dan menghargai diri sendiri, mengambil berat terhadap kesihatan dan mengambil berat terhadap kesejahteraan jasmani dan rohani.

Cinta jasmani mendorong seseorang sentiasa menjaga diri, menjaga kebersihan, mengambil pemakanan secara seimbang, mengambil berat terhadap keperluan pemakanan halal dan baik, merawat ketika sakit dan sentiasa berikhtiar untuk mencari ubat apabila menghidap penyakit.

Cinta rohani membangkitkan rasa yakin dan ingin mendekati Al-Khaliq yang mana segala apa sesuatu di bawah kendalian-Nya.

Rasulullah bersabda dengan bermaksud: “Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka” – Mutafakun alaih.

9) Mengadu hanya kepada Allah

Mungkin tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati kadangkala boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain, hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Bagaimanapun langkah terbaik sebagai Muslim ialah bersabar dan mengharap Allah semata-mata.

Firman Allah swt

“Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan” (Al-imran:134)

“Orang2 yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati itu akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d:28)

Nabi SAW bersabda bermaksud :

“sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari” (hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

“tidak ada seseorang hamba menahan marah kerana Allah SWT melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan” (hadith riwayat Abu Daud)

10) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Yakinlah yang ianya adalah kesilapan dari kita sendiri. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah lagi (bakhil kedekut); apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan pabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut.” (Al-Maarij:19- 21)

“Allah berfirman: Aku sentiasa bersama apa yang disangkakan oleh hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia berzikir dalam dirinya Aku akan mengingatinya seperti itu juga. Jika dia berzikir di khalayak ramai, Aku akan mengingatinya di khalayak yang lebih baik dari itu. Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari-lari anak.” (Al-Bukhari)

“Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu

Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu

Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun

kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya”

Banner 468 x 60

Tags:

Leave a Comment