Feb
21
Makan Biarlah Yang Berkhasiat
Assalamualaikum & salam Sejahtera semua. Sudah makan ke belum? Bila kita cakap pasal makan ni saya nak berkongsi dengan anda semua bab makan yang menarik untuk dikongsikan
walaupun setiap hari kita makan, ada tak antara kita yang terfikir kesan makanan tersebut keatas diri kita dari segi aspek kesihatan tubuh dan mental. Ya saya pasti dari aspek fizikal ramai antara kita yang bijak memilih makanan untuk kesihatan mereka. Tapi bagaimana pula dari segi aspek mental, jadi entri kali ni saya senaraikan petua-petua yang dapat menjaga minda & perkembangan otak dari segi pengambilan makanan.
- Sering makan makanan atau buah-buahan yang masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau secara berlebihan boleh menyebabkan lupa menurut Imam Az-Zuhri.
- Makan bawang besar terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.
- Ketagihan candu, dadah, rokok, tembakau dan seumpamanya akan merosakkan otak.
- Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan mengelapkan akal (malas berfikir).
- Sering makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, jantung dan limpa secara berlebihan menyebabkan mudah lupa.
- Makan makanan sisa haiwan perosak seperti semut, lipas dan tikus menyebabkan otak mudah lupa menurut Imam Az-Zuhri.
- Kerap makan makanan yang dimasak dan dijual dipasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak.
- Rasulullah s.a.w menggalakkan umatnya memasak makanan sendiri dan tidak menggalakkan makan dan minum di luar kerana ini lebih menjamin kehalalan dan kesuciannya.
Sabda Rasulullah s.a.w “Kebiasaan (amalan) makan dan minum di pasar adalah suatu yang merendahkan martabat” hadis riwayat Ad-Dailami.
- Banyak makan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perisanya seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet yang tidak baik untuk otak
- Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.
- Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan terutamanya otak dan bahagian insang mengandungi kadar asid yang sangat tinggi.
- Makan makanan atau meminum sisa orang lain atau binatang tidak baik untuk otak.
- Makan makanan yang sudah basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan.
- Makan atau minum dari sumber yang haram akan membutakan hati dari menerima kebenaran.
Pilihlah makanan yang baik umtuk minda yang hebat!
sources: Panduan Mencerdaskan Minda; Siti Norbayah Mahamood & Jaafar Salleh