Feb
1
Kategori Pengguna Facebook
Facebook hari ini sebenarnya telah memberikan impak besar kepada peningkatan pengguna internet dunia. Ramai yang sudah mula sukakan internet kerana Facebook. Facebook telah menghubungkan ramai orang dan mempertemukan orang yang sudah sekian lama tidak berjumpa. Ada yang mengalami kejutan budaya dengan adanya Facebook. Macam-macam kehebatan Facebook.
Orang yang suka menggunakan facebook ini kerana macam-macam tujuan. Ada yang suka- suka dan ada yang sepenuh masa.
Mari kita lihat jenis-jenis pengguna Facebook dan lihat anda berada di golongan mana:-
1) GUNA FACEBOOK UNTUK CARI RAMAI KENALAN
Majoriti pengguna Facebook adalah tergolong dalam golongan ini. Ini adalah kerana melalui Facebook, kita dapat mengumpul seramai mungkin kenalan. Sama ada yang dah kenal ataupun yang baru kenal. Ada juga yang rapat hanya melalui Facebook tapi bila kat luar je malu malu kucing nak bersua muka. Ada juga suri rumah yang bosan duk rumah dan mencari kawan borak melalui Facebook. Kawan lama yang sudah tidak berjumpa pun boleh jumpa kembali melalui Facebook ini.. Ada yang mencari calon isteri melalui Facebook dan ada yang sampai kahwin dengan orang yang hanya dikenalinya melalui Facebook. Memang hebat!!
2) GUNA FACEBOOK SEMATA-MATA NAK MAIN GAME
Ada jugak orang jenis macam ni. Sebagai contoh, semasa Farmville tengah ‘hot’ 1 ketika dulu, ramai orang mendaftar Facebook supaya dapat bercucuk tanam di Farmville. Orang macam ni hanya add kawan-kawan yang main Farmville sahaja (untuk jadi jiran mereka). Kalau sekarang pula Fishville yang tengah top dan macam-macam lagi game yang telah disediakan oleh Zynga. Zynga memang pandai buat game.. semua game yang dia buat membuatkan pemain-pemain mudah addict dan ada seorang kawan saya tu sanggup pergi cyber cafe tengah2 malam semata-mata nak harvest pokok .. magik bukan?
3) GUNA FACEBOOK UNTUK BUAT BISNES
Bermacam-macam cara untuk buat duit melalui Facebook ni.. Jika kita menyertai group mengenai bisnes, anda berpeluang mempromosikan bisnes yang anda sedang jalankan. Ada juga yang mengambil peluang ini untuk mengumpul kenalan sebanyak yang mungkin untuk mempromosikan perniagaan masing-masing. Tapi harus ingat..ada yang tidak suka sekiranya anda selalu duk slalu hantar promosi kt wall/message diorang.. ini seteruskan anda memberikan impresi yang negatif terhadap bisnes anda. Jadi, cukupla sekali dua promosi kepada setiap orang.. kalau orang tu tidak berminat, jangan promosi lagi.. nanti orang akan menyampah dengan kita.. Oleh itu, berniagalah secara profesional..
4) GUNA FACEBOOK SEBAB ORANG LAIN ADA FACEBOOK
Mempunyai akaun Facebook menjadi 1 kemestian pada hari ini. Jikalau seseorang itu tidak mempunyai Facebook, dia mungkin diejek atau dipandang rendah oleh kawan-kawan. Jadi, kebanyakan golongan ini membuka akaun Facebook dengan niat supaya tidak diejek oleh rakan-rakan. Tetapi, lama-lama, boleh jadi addict pula dengan Facebook…Tapi tak semua la macam tu.. ada yang bukak je, pastu tinggal macam tu jer.. sebulan dua lepas tu baru bukak balik… hmmm…
5) GUNA FACEBOOK SEBAB SEMUA SEBAB DI ATAS
Pengguna jenis macam ni biasanya pandai mengambil peluang keatas Facebook ini.. Disamping mencari kenalan dan bermain game, dia juga pandai buat duit melalui Facebook… Biasanya orang jenis macam ni mempunyai banyak masa untuk diluangkan dengan mengadap Facebook.
Apa-apapun kategori yang anda tergolong, saya berharap anda dapat menggunakan Facebook dengan cara yang betul… Jangan gunakan Facebook semata-mata untuk menjatuhkan orang lain.. dan jangan keluarkan statement2 mengarut yang berbahaya seperti “Esok rasanya nak gi bom KLCC la..” ataupun, “Eh, jom gi bakar balai polis Shah Alam”.. Pihak polis dan SKMM sentiasa memerhatikan gerak geri anda dalam Facebook.
Jangan lupa Add saya di FACEBOOK 
sources: Blog Saudara Hafizi Zain