Feb
19
Warna Dan Kehidupan
Warna memainkankan peranan penting dalam kehidupan kita. Dengan warna hidup kita lebih ceria, gumbira dan happy. Cuba kita bayangkan kalau dunia ni hanya wujud dua warna sahaja hitam putih tentu hidup kita akan suram dan tak bermaya. Warna ini juga adalah salah satu ciptaan Allah s.w.t yang Maha Hebat. Warna terdiri daripada 7 warna asas seperti mana lapisan warna pelangi yang terbentuk selepas hujan iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru,indigo dan violet. Setiap daripada warna ini mempunyai aura yang tersendiri dan mampu mengaruhi personaliti seseorang
Warna pilihan atau kesukaan memainkan peranan dalam mentafsir sikap atau personaliti seseorang. Anda sudah tahu warna apa yang paling anda minati? Mari kita lihat disini ciri-ciri personaliti anda berdasarkan warna yang anda minat.
|
Warna |
Ciri-Ciri Personaliti |
|
Merah |
Sukakan kebebasan, cabaran danmahu menjana kejayaan dalam hidup. Sukakan pembaharuan dan inginkan kemajuan dalam pemikiran dan aktiviti. Mudah bersimpati dengan kesusahan orang lainnamun memiliki sikap degil atau keras hati menerima sesuatu yang saudara tak setuju. Selain itu, bersikap optimis dan lantang dalam menyuarakan pendapat. |
|
Jingga |
Seorang yang bagus dalam hal kerjaya, sukakan idea baru, suka bersama teman-teman, seorang yang setia, bertenaga dan kreatif. Walaubagaimanapun saudara juga beremosi dan kurang berkeyakinan apabila mengalami tekanan. |
|
Kuning |
Seorang yang berfikiran terbuka dan ceria, mempunyai daya imaginasi yang baik dan bertanggungjawab pada keperluan diri dan orang lain. Sensetif dan penyayang, menjadikan saudara sedia membantu orang lain sekiranya perlu. |
|
Hijau |
Mementingkan kesejahteraan dan suasana yang harmoni. Mempunyai tarikan yang tersendiri dan mampu membina perhubungan dengan ramai orang. Memerlukan dorongan dan sukakan penyokong yang dapat memahami saudara serta menolak saudara maju ke hadapan. Institusi keluarga dan masyarakat adalah perkara yang suka difikirkan dan dibicarakan. |
|
Biru |
Mesra dalam sesuatu perhubungan. Memerlukan pengisian yang lebih rapat bagi menghidupka rasa kasih saying yang ikhlas dalam diri. Peka pada perasaan orang lain & dapat mengahayatinya. Senang berbicara dan lebih terbuka bagi membina kenalan baru namun terlalu berhati-hati dalam memulakan langkah dengan lebih yakin. Bijak mengatur bahasa kata bagi mentafsirkan penilaian saudara. Kedamaian dan keharmonian hidup merupakan impian yang perlu tus dicari dan dinikmati. |
|
Indigo |
Seorang yang memilih untuk berfikir dari terlalu banyak berkata-kata. Memiliki ciri kepimpinan yang berpandangan jauh, menggunakan kepekaan & pemikiran yang seimbang dalam menilai sesuatu. Mementingkan keselamatan dan berhati-hati dalam tindakan. Keunikan tersendiri menjadi daya penarik dan kreatif bagi menggayakan melalui cara yang tersendiri. Semanagat yang tinggi, tidak suka menonjolkan diri secara berlebihan. Intitusi kerohanian dan seni adalahseuatu yang saudara minat dan cenderung menghayatinya. |
|
Violet |
Memiliki keaktifan minda yang tinggi. Daya penialain juga tinggi dan berpandangan jauh. Sukakan dan mahukan keceriaansokongan serta keceriaan dalam hidup namun terlalu mengharapkan daripada orang sekeliling. Adakalanya sikap orang lain mengecewakan saudara kerana saudara bercita rasa tinggi. Kreatif dan seni, kehalusan jiwa dan minda, suka pada keindahan alam dan muzik. Berani bertindak dan mempunyai daya kepimpinan yang baik. |
