Feb
13
Jangan Sambut Valentine Day!
Walaupun Nombor Motor Plat aku 1402, bukan bermakna aku sokong Valentine Day. Tidak sama sekali!!
Amat sedih jika ada orang Islam yang masih menyambut Valentine Day. Apakah diorang tahu sebalik atau asal usul sejarah valentine Day atau diorang hanya tahu Hari Kekasih semata-mata… Banyak versi yang kita dengar disebalik Valentine Day, disini saya meringkaskan mengikut versi-versi yang diperoleh yang dapat kita kongsi bersama
Versi pertama:
Mengikut sejarah, valentine adalah seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol.
Dia adalah orang kedua selepas kedudukan Paderi Besar Pope. Dikisahkan, valentine adalah orang yang memainkan peranan besar semasa menumpaskan kerajaan Islam di Sepanyol. Jasanya itu dianggap tidak boleh dilupakan dan sewajarnya dihargai. Justeru 14 Februari dipilih setiap tahun bagi mengingati kejayaan Valentine.
Versi Kedua:
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan “supercalis” bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis “From your Valentine”.

Walauapapun versi yang kita lihat diatas, sudah jelas ia berkait rapat dengan Seorang Paderi Kristian dan Meraikan Kejatuhan Kerajaan Islam.Apakah sebagai umat Islam kita patut menyambut perayaan ini? Sudah PASTINYA tidak.
Pesanan Rasulullah “Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia turut termasuk bersama golongan itu”
Itulah peringatan Rasulullah kepada kita agar sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara agar iman tidak tergelincir daripada landasan sebenar.
Sebenarnya beberapa fatwa berkenaan Sambutan Valentine Day pernah dikeluarkan antaranya oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2005 yang menyatakan amalan meraikan valentine day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan itu jelas mempunyai unsur-unsur agama Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat yang bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islamiah.
Satu lagi fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 di Kuching Sarawak telah menetapkan bahawa budaya meraikan Hari Kekasih itu tidak pernah dianjurkan Islam dan umat Islam dilarang untuk turut sama meraikannya.
Oleh itu, jelas kedua-dua fatwa berkenaan memberikan garis panduan seluruh umat Islam mengenai haramnya menyambut perayaan Hari Kekasih ini.
Bagi sahabat-sahabat yang berhasrat untuk menyambut perayaan ini, fikir-fikirkanlah jangan sampai nanti pihak musuh ketawa besar melihat begitu mudahnya golongan muda Islam dihanyutkan dengan amalan budaya asing.
