Feb
8
Apa Yang Best Menderma Darah
Pernah Menderma darah? Kalau pernah menderma baguslah, kalau bagi mereka yang belum pergilah menderma darah. Dua minggu lepas saya berkesempatan pergi HSA JB untuk tujuan derma darah kebetulan masa tu saya cuti, saya pun ambil peluang ni untuk menderma darah.
Tapi bagi yang mereka yang belum pernah menderma darah dan ingin menderma darah pastikan memenuhi beberapa syarat sebelum menderma. Antaranya kena tidur cukup, makan jangan sampai terlampau kenyang dan yang paling penting berat badan mestilah melebihi 45kg, maklumat lanjut boleh klik di link ini.
Masa saya pergi tu, jumlah orang yang menderma adalah sedikit, mungkin disebabkan waktu bekerja sebab tu tak ramai.
Biasanya apa sebab ramai orang tak ingin menderma darah, mari kita lihat apa alasan mereka, Apa kata survey…
“Takutlah aku, aku allergic dengan jarum-jarum ni…” -Alah bisa tegal biasa, bukannya sakit sangat pun sampai nak jerit sekuat hati, rileks je mula-mula memang sakit tapi sekejap je.
“Orang kata selepas menderma darah, berat badan akan naik…”- Itu orang kata tapi doktor kata takdelah, aku pun dah banyak kali menderma darah berat badan aku maintain je. Ini semua hanya mitos belaka.
“Aku dah pernah menderma, tapi 3 tahun yang lepas..”-Oklah tu ada pengalaman menderma, banyak kelebihan menderma darah ni
“Orang lainkan dah menderma, kenapa plak aku nak menderma…”Pihak hospital memerlukan bekalan darah yang sentiasa mencukupi, setiap potensi penderma adalah amat digalakkan
Terkejut jugak aku, bila melihat berita tv3 tempohari, pusat darah negara tak pernah mencapai target bekalan darah yang diperlukan.terfikir jugak aku kalau-kalau (harap-harap tidak) ada sedara mara aku yang masuk hospital tup-tup bekalan darah yang diperlukan tidak mencukupi, kan naya. Sekurang-kurangnya bila kita menderma darah ni, kita dapat menyelamatkan satu nyawa.Fuh besar tu pahala…
Dari segi aspek kesihatan,setelah kita menderma darah badan kita akan merangsang penghasilan sel-sel darah baru secara tak langsung akan meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama. Ini menyebabkan ramai penderma darah merasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah.
- Pakar Patologi Pusat Darah Negara (PDN), Dr Norris Naim dalam artikel Derma Darah Sihatkan Badan
Menderma darah ni memang baik untuk kesihatan dan tiada kesan sampingan, kalau tak pecaya lihat ni.
Selain itu bagi mereka yang suka sangat menderma darah ni pihak hospital akan memberi banyak kelebihan antaranya rawatan percuma pesakit luar, rawatan perubatan dan caj wad di hospital tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Tak rugi kita menderma darah, yok ramai-ramai menderma darah!!