Feb
17
Kalau kita lihat diatas dua ungkapan yang hampir sama bunyinya tapi jelas mempunyai maksud yang berbeza. Hanya berbeza kedudukan perkataan antara hidup dan makan tapi masing-masing membawa maksud yang tersendiri. Jika anda diberi pilihan diatas manakah pilihan anda?
Hanya satu perkongsian disini, mari kita lihat lebih dekat lagi apa yang dimaksudkan sebenarnya bagi setiap ungkapan tersebut. Setiap individu mempunyai tafsiran yang tersendiri dan ini adalah penafsiran saya sendiri. Makan untuk hidup dapat ditafsirkan makan sekadar yang diperlukan untuk tubuh bagi meneruskan kehidupan.Hidup untuk makan pula dapat diertikan makan dengan hanya menurut hawa nafsu atau boleh diertikan dengan kata lain tiada lain tujuan hidup melainkan menikmati kelazatan makanan didunia ini.
Kalau kita pernah belajar tentang Piramid makanan time belajar dulu, berapa ramai antara kita yang betul-betul praktikannya. Entah ingat ke tidak. Yang jelas apabila time makan dan dihadapan kita terdapat pelbagai jenis lauk yang menyelerakan apa yang kita fikirkan adalah lauk yang sedap untuk mengenyangkan perut. Betul tak?
Contohilah amalan pemakanan Rasullullah s.a.w. Bagaimana tabiat pemakanan Rasullulah s.a.w? Antara tabiat pemakanan Rasullullah ialah hendaklah makan sebelum kita lapar dan berhentilah makan sebelum kita kenyang. Amalkanlah tabiat ini sebagaimana Rasulullah s.a.w, memang hebat jika diamalkan. Jika kita fikirkan balik amalan pemakanan Rasulullah ini ada benarnya dari aspek kesihatan fizikal dan mental.Mari kita bincangkan disini.
Kenapa Rasulullah s.a.w makan sebelum lapar dan tidak makan apabila lapar? Bukan bermaksud disini kita tak boleh makan apabila lapar (kalau dah lapar confirm kena pergi makan) tapi tak digalakkan apabila kita lapar baru kita nak pergi makan. Sebabnya apabila kita makan disebabkan lapar, yang menguasai diri kita pada masa itu hanyalah nafsu sahaja sehingga kita mengambil makanan & lauk pauk yang mengatasi kemampuan kita dengan andaian kita boleh menghabiskan kesemuanya. Apabila sudah merasa kekenyangan masih banyak lagi rupanya lauk yang tak termampu ‘dimasukkan’, bukan ke membazir namanya tu. Ingat membazir ni kan antara amalan Syaitan.
Kenapa Rasulullah s.a.w berhenti makan sebelum rasa kenyang dan bukannya dah kenyang baru berhenti makan? Apa kesannya apabila terlalu kenyang? Antara implikasinya adalah menyebabkan kita menjadi malas, mengantuk, tak berupaya berfikir dengan sempurna. Dari segi persperktif sains ada benarnya, kalau kita makan terlalu kenyang, sistem penghadaman kita akan menjadi lebih aktif untuk proses penghadaman berlaku, so banyak sel-sel darah akan dihantar ke sistem penghadaman berbanding ke otak. Kekurangan darah ke otak ini menyebabkan kita rasa malas dan mengantuk seterusnya menyebabkan kerja-kerja yang kita nak lakukan tidak begitu sempurna.
Antara bagaimana Syaitan menghasut manusia adalah dengan makan & tidur secara berlebihan. Tidak dinafikan kedua-dua nafsu ini ada dalam setiap diri kita tapi kitalah yang menguasainya dengan mengawalnya secara bijak
Bagaimana dengan jawapan anda dengan persoalan diatas yang mana satu pilihan anda ‘Makan Untuk Hidup’ atau ‘Hidup untuk Makan’. Jawapannya telah saya berikan diatas, amalkanlah tabiat pemakanan sebagaimana RAsulullah s.a.w, InsyaAllah anda akan berjaya!
