Jan
24
Tips Perniagaan Online
Kali ni saya nak berkongsi sedikit dengan anda tips-tips perniagaan secara online. Di zaman ini penggunaan
internet menjadi salah satu medium utama transaksi sesuatu urusan, betul tak? contohnya maybank2u.com, malaysia.gov.my dan bermacam-macam lagi yang saya tak tertulis dalam blog ini. Tips ni saya peroleh daripada salah satu akhbar tempatan yang saya rasa info yang sangat penting untuk dikongsi bersama pembaca blog saya
Adakah secara perniagaan online selamat? ini adalah antara persoalan yang sering bermain di minda bila kita ingin melakukan transaksi perniagaan secara online. Sebelum kita menjalankan transaksi perniagaan adalah penting untuk kita mengkaji syarikat yang terbabit lebih-lebih lagi jika syarikat terbabit daripada luar negara. Tidak salah kita menjalankan transaksi perniagaan dengan negara luar tetapi apa yang ditekankan ialah BERHATI-BERHATI. Kalau syarikat terbabit dalam negara, kita boleh check dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia.
Perniagaan secara online menjadi medium utama untuk menjalankan peniagaan dizaman ini kerana ia lebih mudah, cepat dan pantas. Sebagai contoh sekiranya anda ingin membeli sebuah buku dan pada masa yang sama anda diberi dua pilihan sama ada membeli secara online atau offline iaitu pergi sendiri ke kedai buku yang agak jauh dari rumah anda.Ya sudah tentu membeli secara online kerana ia mudah lebih cepat, mudah dan pantas. Kalau pergi ke kedai buku perlu mengeluarkan sedikt wang untuk duit minyak dan parking, itu pun kalau jumpa bukunya..Kalao tak jumpa? rugilah…buang duit dan buang masa je. hehehe
Dibawah ni saya ada listkan Panduan Amalan Perniagaan Terbaik bagi mereka yang ingin menjalankan perniagaan internet dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan pengguna dalam bidang e-dagang. Selain itu ia juga penting kepada pengguna internet untuk menilai sama ada perniagaan internet tersebut selamat atau tidak:
- Nombor telefon dan alamat penuh pedagang/penjual mestilah dipaparkan dengan jelas untuk memberikan keyakinan lebih kepada pelanggan. Ia lebih mudah untuk pelanggan menghubungi balik sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan. Yang penting nombor tel & alamat penuh mesti valid, jangan tipu-tipu.
- Pembayaran online yang selamat contohnya Maybank2u atau menyediakan alternatif pembayaran manual perlu menjadi satu keutamaan.
- Terma dan Syarat harus dinyatakan dengan jelas, mudah dicapai dan selari dengan peruntukan undang-undang. Penting kepada pengguna sekiranya ingin melakukan transaksi perniagaan pastikan baca terlebih dahulu Terma & Syarat supaya kita sebagai pengguna tidak tertipu.
- Polisi jaminan dan pemulangan semula wang adalah penting untuk pelanggan, justeru ia harus ditulis dan dipaparkan dengan jelas.
- Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan mestilah mematuhi standard yang ditetapkan termasuk piawaian keselamatan produk.
- Pengiklanan atau sebarang perwakilan mengenai produk atu perkhidmatan mestilah tepat dan tanpa sebarang muslihat.
- Pastikan harga sebenar dipaparkan termasuk mata wang yang digunakan untuk transaksi.
- Prosedur pengendalian aduan yang baik mempu menggalakkan keyakinan pelanggan terhadap perniagaan. Tidak ada individu yang mahukan masalah berlaku, tetapi perkhidmatan yang menyelesaikan aduan pengguna boleh menjadikan pelanggan bertanggapan positif.
Saya harap tips yang saya kongsikan di atas dapat memberi manfaat kepada kita semua, selamat bertransaksi dengan selamat…
