Ada Apa Program Affiliate?

Sekarang ini sudah banyak blog yang membincangkan apa itu Program Affiliate. Tak kurang jugak blog-blog yang mempromosikan produk affiliate. Bagi yang newbie dalam bidang ini pasti tertanya-tanya “apa ke bende Program Affiliate ni…”. Ada yang beranggapan ni mesti MLM (Meniaga Larut Malam)hehehe takpun program ntah apa-apa.

Pada 12 Dec 09 lepas saya berpeluang mengikuti workshop yang dianjurkan oleh IM yang hebat iaitu Mawardee yang bertajuk Workshop Affiliate Pantas. Daripada workshop ni barulah saya tahu apa itu program affiliate sebenarnya.

Secara ringkas yang dapat saya simpulkan apa itu program  affiliate ialah  adalah suatu program perkongsian keuntungan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat yang memasarkan produk/perkhidmatan. Kita akan dibayar komisyen sekiranya berjaya menarik pelanggan untuk membeli produk atau menggunakan pekhidmatan syarikat. Kiranya program affiliate ni adalah salah satu alternatif teknik pemasaran produk dengan mudah dan lebih cepat.

Apa yang bestnya dengan Program Affiliate ini?

  1. Tidak perlu produk sendiri dan tak perlu pening kepala untuk memikirkan produk untuk dijual dipasaran.
  2. Boleh bermula dengan serta merta dan tidak perlu menunggu masa yang lama.
  3. Boleh disertai secara PERCUMA dan tiada had penyertaan Program Affiliate. Boleh menyertai seberapa banyak Program Affiliate di Internet. Ni yang best, tahukah anda, ada individu yang sudah memperolehi pendapatan dengan hanya menyertai program affiliate.
  4. Teknik Pemasaran sudah disediakan oleh pihak syarikat. Bagaimana nak mempromosikan  program affiliate  terpulang kepada skill individu. Hebat bukan!!
  5. Tidak perlu terlibat dengan urusan jual beli, sokongan teknikal ataupun khidmat selepas jualan kerana semuanya akan diuruskan sendiri oleh pemilik produk. Lebih penting setiap komen terhadap produk akan terus ke pemilik produk.
  6. Tidak memerlukan sebarang perisian kerana semuanya sudah disediakan oleh pemilik produk. Tugas anda hanya mempromosikan produk affiliate, mudahnya…

Untuk mendapatkan info yang menarik  berkaitan Program Affiliate saya cadangkan anda layari blog SmartUsaha antara blogroll saya dimana diblog ini menerangkan lebih detail apa itu program affiliate. Apa yang saya terangkan disini adalah asas program Affiliate. Anda juga boleh memuat turun ebook berkaitan program  affiliate secara PERCUMA, anda hanya perlu klik di link ini: free e-book affiliate

Tags:

Leave a Comment