Semewah manakah diri anda?

Adakah anda rasa diri anda mewah, untuk mengetahui tahap ‘kemewahan‘ anda berada di tahap mana anda boleh cuba ujikaji dibawah dan lihat hasilnya:

Langkah Pertama:

Campurkan kesemua simpanan wang anda, simpanan di tabung haji, Maybank atau di bank-bank lain dan juga pelaburan yang anda miliki (tidak termasuk yang ada hutang). Jumlah yang kita peroleh menjadi ‘numerator’ nisbah kita.

Contoh:
Baki Di bank A:    RM 1000
Baki Di bank B:    RM 3000
Saham Public  :    RM 10 000
Jumlah               :   RM 14 000

Langkah Kedua:

Campurkan kesemua perbelanjaan anda setiap bulan termasuk belanja dapur dan bayar hutang.

Contoh:
Ansuran rumah             : RM500
Ansuran kereta             : RM500
Belanja Dapur                : RM400
Bil-bil semasa                 : RM200
Takaful                             : RM200
Minyak kereta               : RM250
Ibu & Ayah                      : RM200
Anak-anak                       : RM150
Jumlah                          : RM2 400

Untuk mendapatkan nisbah kemewahan anda, ambil jumlah untuk langkah pertama dan dibahagikan dengan jumlah untuk langkah kedua. sebagai contoh di atas RM 14 000/RM 2 400= 5.8333

Sekarang lihat jadual dibawah untuk menentukan tahap kemewahan anda.

<1 ICU
1-5 HDU
6-10 Normal
10-20 Sihat
21-50 Sihat Walafiat
50-96 Tenang
>96 Sangat Tenang
>168 Kebebasan kewangan

So, macamana sekarang, sudah tahu dimana tahap ‘kemewahan’ anda berada di  mana, ICU/HDU? ahaks! kalau berada di tahap normal saya ucapkan tahniah. Bagi yang berada di tahap ICU/HDU mula lah untuk berjimat cermat untuk simpanan masa depan! saya harap info yang di berikan ini dapat memberi manfaat kita bersama :)

sources: Kemana Wang Anda? Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir

Tags: ,

Leave a Comment